KOKPIT

Polisi Bayaran, Bayaran Balik & Penghantaran

Kokpit dijual oleh SIFAT SAHABAT NETWORK (202103366989). Bayaran diproses oleh CHIP (FPX dan DuitNow QR).

Penghantaran

Kokpit Premium ialah lesen digital. Tiada barang fizikal dihantar. Jika anda beli dari dalam app, Premium diaktifkan sendiri sebaik bayaran berjaya. Jika anda beli di laman web, buka app Kokpit → Premium · Mod Penumpang → "Dah beli? Aktifkan di telefon ini" dan masukkan emel yang anda guna semasa beli; kod 6 digit dihantar ke emel itu. Resit juga dihantar ke emel anda. Tiada app? Guna halaman Pindah lesen.

Bayaran balik

Jika Kokpit tidak dapat berfungsi pada telefon atau kereta anda dan kami tidak dapat menyelesaikannya, hubungi kami dalam 7 hari selepas pembelian untuk bayaran balik penuh. Selepas itu, bayaran balik mengikut budi bicara kami. Bayaran balik dibuat ke kaedah bayaran asal melalui CHIP.

Hubungi

WhatsApp +60 13-607 3177 · emel sokongan@sahabatxpert.my