KOKPIT

Privasi

Kokpit menghantar data penggunaan tanpa nama untuk membaiki app: ID pemasangan (bukan identiti anda), versi aplikasi, model telefon dan kereta, negeri, berapa kali setiap fitur diguna, dan laporan crash. Ia juga menghantar keadaan lesen, sama ada kereta disambung, saiz skrin kepala dan zon/locale telefon.

Yang TIDAK pernah dihantar: tiada lokasi atau koordinat, tiada nama tempat, tiada carian, tiada tajuk lagu atau video, tiada teks yang dituturkan, tiada nombor telefon, tiada kenalan, dan tiada kunci Gemini. Tiada medan agama — tiada apa-apa tentang waktu solat, azan, masjid atau mod bebas solat direkod.

Suis "Hantar data penggunaan" (Tetapan → Bantuan & data) menghentikannya. Bila dimatikan, app menghantar sekali arahan padam dan kami memadam baris pemasangan, kiraan penggunaan dan laporan crash anda dari pelayan.

Laporan masalah hanya dihantar bila anda menekan butang "Laporan masalah". Ia membawa ID Kokpit (ID peranti lesen) supaya kami boleh mencari lesen anda, serta log Kokpit sendiri (dibersihkan — tanpa lokasi, nama tempat, carian atau nombor telefon).

Semasa pembelian kami simpan nombor WhatsApp/emel anda untuk menghantar kod lesen dan memberi sokongan, dan status persetujuan pemasaran anda. Halaman jualan menyimpan satu kuki kk_src (HttpOnly, 30 hari) yang merekod pautan/iklan yang membawa anda ke sini — ini sahaja, tiada pengenalan peribadi.

Tempoh simpanan: laporan masalah dan laporan crash dipadam selepas 180 hari; kiraan penggunaan selepas 400 hari; pemasangan yang tidak dilihat selama 400 hari (berserta kiraannya) turut dipadam.

Conversions API Meta hanya dihantar (nombor/emel yang di-hash SHA-256) jika anda menandakan persetujuan semasa pembelian. Borang Data Safety Play memadankan apa yang dihantar.