
YouTube di skrin kereta
Log masuk YouTube Premium sekali, tonton tanpa iklan. Butang stereng tukar video.
Kokpit ialah app Android Auto di telefon anda. Cucuk ke kereta, dan YouTube keluar di skrin kereta untuk penumpang. Tak tukar player, tak beli box, tak usik wayar kereta.
Percuma untuk digunakan. Bayar sekali RM49 bila mahu video terus bergambar semasa kereta bergerak.

Jadi selama ini jalan keluarnya mahal atau leceh:
Harga yang kami lihat dalam group pemilik HR-V, November 2026.
Bagaimana kalau telefon yang anda sudah ada boleh buat kerja yang sama?
Anak-anak tonton kartun kegemaran di skrin kereta. Waze tetap tunjuk belokan di sebelah. Bila masuk waktu, azan berbunyi dan Kokpit tunjuk masjid terdekat. Anda cuma perlu memandu.
Satu app. Tiada perkakasan. Ia guna data telefon anda sendiri, sama seperti menonton YouTube di telefon.

Log masuk YouTube Premium sekali, tonton tanpa iklan. Butang stereng tukar video.

Belokan seterusnya dan peta kecil, tak perlu tutup video.


Lebih 35 stesen radio dan 13 saluran TV percuma.
Lirik ikut lagu yang sedang dimainkan.

Kiraan ke waktu seterusnya, azan, dan mod musafir.

Masjid dan stesen minyak terdekat, satu tekan terus ke Waze.
Pilih kad di skrin Utama. Bahasa Melayu atau English.
Kokpit bermula sebab anak-anak kami mahu menonton YouTube dalam perjalanan, dan kami tak mahu bayar RM500 untuk sebuah box. Setiap versi diuji dalam Honda HR-V 2023 kami sendiri sebelum dikeluarkan.
| Kokpit | AI box | Tukar player | |
|---|---|---|---|
| Harga | RM49 sekali | RM500+ | RM2,700+ |
| Perlu hotspot | Tidak, guna data telefon | Ya | Bergantung |
| Usik kereta | Tidak | Cucuk port USB | Ya, buka dashboard |
| Waktu solat, azan, masjid terdekat | Ada | Tiada | Tiada |
| Radio & TV Malaysia | Ada | Bergantung app | Bergantung app |
Kokpit tidak menggantikan Android Auto. Ia app di dalam Android Auto.
Gambar di bawah ialah skrin Kokpit sebenar, bukan lakaran.


Diuji dalam Honda HR-V 2023, unit kepala Panasonic, Android Auto berwayar.
seumur hidup, satu telefon
Harga pelancaran untuk 100 pembeli pertama — tinggal 100
Belum pasti? Muat turun versi percuma dulu, beli bila anda puas hati. Muat turun
Muat turun Kokpit (APK, 35 MB)
Tersekat? WhatsApp kami, kami bantu pasang. WhatsApp
Kenapa KingInstaller? Android Auto hanya memaparkan app yang dipasang dengan cara tertentu. KingInstaller memasang Kokpit dengan cara itu.
Tidak. Kokpit guna data telefon anda, sama seperti menonton YouTube di telefon.
Jika kereta anda ada Android Auto (wayar atau wireless), Kokpit dibina untuknya. Kami uji dalam Honda HR-V 2023. Jika tidak berfungsi dan kami tak dapat bantu, wang dikembalikan dalam 7 hari.
Tidak. Apple tidak membenarkan app seperti ini di CarPlay. Kokpit untuk telefon Android 8.0 ke atas.
Netflix dimainkan dalam app Netflix di telefon, dan skrin kereta mengawalnya (main, jeda, ±10 saat). Gambar Netflix tidak keluar di skrin kereta kerana Netflix sendiri menyekatnya.
Jika anda ada YouTube Premium, log masuk sekali di telefon dan tiada iklan di kereta.
Tidak. Tiada apa dipasang dalam kereta. Cabut telefon, kereta kembali seperti asal.
Kokpit untuk penumpang. Tanpa Premium, gambar video disembunyikan semasa kereta bergerak. Pemandu mesti fokus pada jalan.
Kokpit dijual terus di laman ini supaya harganya kekal bayar sekali. Pasang dengan KingInstaller; panduan di atas.
Pindah lesen sendiri di halaman Pindah lesen, sehingga 3 kali setahun.
Selepas bayar, masukkan ID telefon (buka app Kokpit di telefon, bahagian Premium · Mod Penumpang). Kod lesen keluar serta-merta.
Muat turun percuma sekarang. Beli Premium bila anda nampak sendiri hasilnya dalam kereta anda.
Harga pelancaran: tinggal 100 daripada 100.