Anak bosan di belakang? Biar dia tonton YouTube di skrin kereta.
Kokpit ialah app Android Auto di telefon anda. Cucuk ke kereta, dan YouTube, TV dan radio keluar di skrin kereta untuk penumpang. Tak tukar player, tak beli box, tak usik wayar kereta.
Perlu: telefon Android 8.0 ke atas dan kereta dengan Android Auto (wayar atau wireless). iPhone tidak boleh.
Kalau anda pernah lalui ini
- Sejam lepas tol, suara dari belakang: "Abah, bosanlah…"
- Skrin kereta besar di depan, tapi Android Auto tak benarkan YouTube.
- Nak beli box atau tukar player? Mahal dan leceh.

Apa yang anda dapat, percuma
Skrin Utama (jam, cuaca, waktu solat, muzik), YouTube bila kereta berhenti, radio dan TV Malaysia, lirik karaoke, Singgah, dan Waze/Maps di sebelah video.

Semak dulu
Kereta anda ada Android Auto?

Cara semak: cucuk telefon ke kereta dengan kabel USB. Skrin kereta sepatutnya keluar Android Auto (atau cari menu Android Auto / Smartphone di skrin kereta). Kalau Android Auto langsung tak keluar, Kokpit tak boleh dipaparkan pada skrin itu.
Skrin keluar "Connecting… Please allow install" atau telefon minta pasang app Perodua Smart Link? Itu cermin skrin kereta, bukan Android Auto. Kokpit tak boleh keluar melalui Smart Link.
Biasanya ADA Android Auto
- Perodua Alza AV 2022 ke atas
- Proton Saga MC3 (Premium/Executive)
- Honda HR-V 2022 ke atas
- Honda City 2023 ke atas
- Toyota Vios 2023 ke atas
- Proton X50 2025 (model baharu)
- Proton X70 MC1
- Perodua Traz
- Perodua Ativa 2025
- Mitsubishi Xforce
- Nissan Serena C26
Biasanya TIADA Android Auto
- Perodua Bezza
- Perodua Axia
- Perodua Myvi (model lama)
- Perodua Ativa 2021–2022 (skrin asal)
Senarai ini "biasanya" sahaja dan ikut model serta varian — jangan anggap ia muktamad. Sila semak kereta anda sendiri dengan cara di atas.
Telefon anda jenama apa?
Telefon Samsung sudah kami uji dalam kereta. Telefon Xiaomi, POCO dan Redmi perlu cara Shizuku: cara biasa disekat; menurut KingInstaller 2.6 cara Shizuku dengan dua tetapan khas boleh jalan, dan pengguna Redmi Note 9, Xiaomi 11T Pro dan POCO F8 Pro sudah berjaya. Seorang pengguna OnePlus 13 juga perlu cara Shizuku, dan ia jalan.
Jenama lain biasanya boleh, tetapi belum semua kami uji.
Muat turun & pasang
Ikut turutan: semak jenama telefon, pasang KingInstaller dulu, baru muat turun Kokpit.
Mula di sini: telefon anda jenama apa?
Telefon Xiaomi, POCO dan Redmi perlu cara Shizuku.
Telefon ini menyekat cara pasang biasa. Menurut KingInstaller 2.6, cara Shizuku boleh jalan bila dua tetapan dalam Pilihan pembangun dihidupkan: Pasang melalui USB dan Penyahpepijatan USB (Tetapan keselamatan). Pengguna Redmi Note 9 (9 Nov 2026), Xiaomi 11T Pro dan POCO F8 Pro (10 Nov 2026) sudah berjaya dengan cara ini. Kalau ada telefon Samsung di rumah, itu paling mudah.
- Pasang KingInstaller (percuma, 9 MB). Muat turun KingInstaller Buka fail itu. Jika telefon minta kebenaran, hidupkan "Allow from this source" untuk Chrome, kemudian tekan Install.

- Muat turun Kokpit. Muat turun Kokpit (APK, 35 MB)Penting: jangan tekan Buka / Open pada kokpit.apk. Kalau Kokpit dipasang terus dari fail, ia tidak akan keluar di skrin kereta. Biarkan fail itu dalam folder Download, dan pasang guna KingInstaller.Kemudian buka KingInstaller. Kali pertama sahaja, hidupkan "All files access". Tekan Select APK to install dan pilih fail kokpit.apk (dalam folder Download).

- Tekan Install as king. Jika diminta, hidupkan "Allow from this source" untuk KingInstaller. Jika keluar "Complete action using", pilih Package installer (ikon muat turun), bukan KingInstaller, dan tekan Just once. Kemudian tekan Install atau Update. Telefon Samsung mungkin kata "Installing this app isn't recommended": tekan Install anyway.

- Jika Google Play Protect muncul, tekan Scan app. Bila keluar "This app looks safe", tekan Install. Tiada butang Scan app? Tekan More details › Install without scanning.

- Semak dulu: dalam KingInstaller tekan Check and Reinstall App dan pilih Kokpit. "This app should work in Android Auto" bermaksud siap; cucuk telefon ke kereta dan Kokpit muncul dalam senarai app Android Auto. Jika tertulis "This app might not be available in Android Auto", ikut Cara Shizuku di bawah.

Dah pasang, tapi Kokpit tak keluar di skrin kereta?
Kalau Android Auto naik tapi Kokpit tiada, Kokpit dipasang terus dari fail. Tak perlu buang app itu, data tak hilang. Pasang KingInstaller (langkah 1), buka, pilih kokpit.apk, tekan Install as king. Kemudian cucuk semula telefon ke kereta. Dah guna KingInstaller tapi masih tak keluar? Ikut Cara Shizuku.
Telefon Xiaomi, POCO atau Redmi? Cara biasa disekat; terus ikut Cara Shizuku (termasuk dua tetapan khas Xiaomi). Telefon OnePlus: seorang pengguna OnePlus 13 lapor cara biasa tak lepas dan cara Shizuku jalan (9 Nov 2026).
Cara Shizuku: bila KingInstaller kata "might not be available in Android Auto"
Sesetengah telefon Android 16 (contoh Samsung S22) tak terima cara biasa. Shizuku memberi KingInstaller kebenaran yang diperlukan. Sekali buat sahaja; data Kokpit tak hilang.
- Sambung telefon ke Wi-Fi. Buka Tetapan › Tentang telefon › Maklumat perisian, tekan Nombor binaan 7 kali sehingga "Mod pembangun dihidupkan".
- Telefon Xiaomi, POCO atau Redmi sahaja: dalam Pilihan pembangun, hidupkan juga Pasang melalui USB dan Penyahpepijatan USB (Tetapan keselamatan). Xiaomi mungkin minta log masuk akaun Mi dahulu.
- Pasang Shizuku (percuma). Muat turun Shizuku
- Xiaomi, POCO atau Redmi tunjuk "Security risks detected" untuk Shizuku? Virus scan dan Counterfeit app check lulus; amaran itu cuma kerana fail bukan dari GetApps. Tekan Install.
- Buka Shizuku. Di bawah Start via Wireless debugging, tekan Pairing dan ikut arahan Shizuku: hidupkan Penyahpepijatan wayarles dalam Pilihan pembangun, tekan "Pasangkan peranti dengan kod pasangan", dan taip kod itu dalam notifikasi Shizuku. Kemudian tekan Start.
- Start gagal dengan tulisan merah panjang (contoh CERTIFICATE_UNKNOWN) atau "Please go through the pairing step first"? Pairing tadi tak tersimpan. Dalam Penyahpepijatan wayarles, buang Shizuku dari senarai peranti berpasangan, tekan Pairing semula dan taip kod baru, sehingga notifikasi tulis "Pairing successful". Kemudian tekan Start.
- Shizuku tunjuk kotak merah "You need to take an extra step" (biasa pada OnePlus, Oppo, Realme)? Dalam Pilihan pembangun, hidupkan Disable system optimization (versi lama: Disable permission monitoring), restart telefon, kemudian Start Shizuku semula.
- Belum ada fail kokpit.apk? Muat turun dulu. Muat turun Kokpit (APK, 35 MB) Jangan tekan Buka / Open; fail itu masuk ke folder Download.
- Buka KingInstaller, hidupkan suis Shizuku dan tekan Allow all the time. Tekan Select APK to install, buka folder Download dan pilih kokpit.apk. Tekan Install as king, kemudian Install atau Update.
- Semak semula (Check and Reinstall App › Kokpit): "This app should work in Android Auto". Shizuku berhenti bila telefon restart; ia hanya perlu masa pasang dan kemas kini.
Diuji pada Samsung S22 (Android 16), 8 Nov 2026. Langkah Xiaomi menurut KingInstaller 2.6; seorang pengguna Redmi Note 9 berjaya, 9 Nov 2026. Tersekat? WhatsApp kami.
Tersekat? WhatsApp kami, kami bantu pasang. WhatsApp
Kenapa KingInstaller? Android Auto hanya memaparkan app yang dipasang dengan cara tertentu. KingInstaller memasang Kokpit dengan cara itu.
Telefon Samsung: kalau suis Kokpit Cermin kelabu dan telefon kata "App was denied access", buka Tetapan > Aplikasi > Kokpit > ⋮ (tiga titik atas kanan) > Benarkan tetapan terhad. Kemudian hidupkan Kokpit Cermin di Kebolehcapaian > Aplikasi dipasang.
Ikut channel WhatsApp Kokpit — senarai kereta yang dah diuji, versi baru dan tip.
Soalan lazim
Apa itu Kokpit?
Kokpit ialah app Android Auto untuk telefon Android anda. Cucuk ke kereta yang ada Android Auto, dan penumpang boleh tonton YouTube, TV dan radio Malaysia, lirik dan lihat waktu solat di skrin kereta, dengan Waze di sebelah video. Tiada tukar player, tiada box, tiada wayar dalam kereta.
Perlu hotspot atau internet kereta?
Tidak. Kokpit guna data telefon anda, sama seperti menonton YouTube di telefon.
Kereta saya boleh?
Jika kereta anda ada Android Auto (wayar atau wireless), Kokpit dibina untuknya. Kami uji dalam Honda HR-V 2023, dan seorang pengguna Alza AV berjaya melalui dongle Android Auto wireless (Xuda).
iPhone boleh?
Tidak. Apple tidak membenarkan app seperti ini di CarPlay. Kokpit untuk telefon Android 8.0 ke atas.
Berapa lama percuma?
App dan hampir semua fungsi percuma selamanya. Mod Penumpang (gambar video terus bergerak untuk penumpang) percuma 60 minit setiap telefon, lepas tu jadi naik taraf dalam app.
Macam mana nak kemas kini?
Bila versi baru keluar, Kokpit beritahu dalam app. Kokpit 0.2.16 ke atas: buka Kokpit → Bantuan & data → Kemas kini. Kokpit muat turun sendiri dan buka KingInstaller dengan fail siap dipilih; tekan Install as king, kemudian Update. Versi lebih lama: muat turun Kokpit di laman ini dan pasang dengan KingInstaller seperti kali pertama. Tetapan dan Premium anda kekal.

Ikut channel WhatsApp Kokpit — senarai kereta yang dah diuji, versi baru dan tip.

Perjalanan seterusnya, biar anak tonton. Anda tonton jalan.
Muat turun percuma sekarang, pasang dalam 5 minit.
Belum dalam kereta?
Hantar link ini ke WhatsApp anda. Cuba bila naik kereta nanti.